Sunday, December 4, 2011

Samsung Multiview MV800


Kamera ini menawarkan resolusi 16.1 megapiksel untuk menghasilkan kualiti gambar yang tajam dan berkualiti premium. Ia dilengkapi dengan lensa 5x zoom optikal dan boleh mengambil gambar secara close-up. Lensa sudut 26mm membolehkan ia mengambil gambar dengan sudut yang lebih luas dalam definisi tinggi. MV800 turut dilengkapi Smart Touch 3.0 dengan Wallpaper iaitu antara muka membolehkan pengguna menggunakan pilihan menu hanya dengan sentuhan.

Saturday, December 3, 2011

Canon EOS-1DX


Canon EOS-1D X DSLR direka untuk semua jurugambar yang mahukan kamera resolusi tinggi dan kamera berkelajuan tinggi. Dengan sensor CMOS 18.1 Megapixel bingkai penuh, sensor AF 61-point dan capaian kelajuan sehingga 14 bingkai sesaat (fps), ia menghasilkan kamera digital EOS paling terkini. Ia juga berkemampuan merakam muvi HD penuh dan ia amat memenuhi kehendak juruvideo yang mahukan rakaman momen daripada pelbagai sudut dan teknik yang mengujakan.

Lenovo IdeaPad Tablet K1


IdeaPad K1 merupakan tablet pertama Lenovo yang menggunakan sistem operasi Android Honeycomb. Tablet ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA 2.0 Tegra T20 berkelajuan 1GHz. Ia turut dilengkapi dengan kamera 5 megapixel (belakang) dan 2 megapixel (hadapan) serta boleh digunakan untuk panggilan video. Tablet ini ditawarkan dalam versi Wi-Fi dan 3G.

Monday, October 3, 2011

Nike Plus Sportwatch With GPS


Nike telah meningkatkan sistemnya dengan mengemaskini dan membangunkan sistem GPS ke dalam jamnya untuk mencapai potensi yang lebih baik. Dengan sistem tambahan seperti port USB terbina ke dalam jam tangan, ia membolehkan pemilik untuk memuat turun maklumat dengan hanya menyambungkan ke PC. Terdapat hanya tiga butang berfungsi dan memori LED.

Sunday, October 2, 2011

Motorola Atrix 4G


Motorola Atrix 4G mulai selangkah kehadapan dimana telefon bimbit ini cuba mengambil alih dan berfungsi sebagai CPU komputer riba sepenuhnya. Atrix dikuasakan oleh Android 2.2 dan digerakkan oleh cip pemprosesan dual core 1GHz. Terdapat fungsi kamera di bahagian depan dan belakang, serta akses kepada rangkaian 4G masa depan AT&T. Fungsi lain ia mempunyai port USB dan port HDMI. Atrix bakal mendapat tumpuan ramai kerana kecanggihan teknologinya dan revolusi yang dibawanya.

Brother MFC - 7860DW


Fungsi cetakan dwi-sisi automatik pada pencetak monokrom laser MFC terbaru ini mengurangkan keperluan untuk memasukkan kertas secara berasingan dan muatan dulang kertas ialah 250 helai tidak memerlukan isian kertas yang terlalu kerap. disertakan dengan cetakan monokrom, faksimili, penyalin dan pengimbas. fungsi PC Faks hantar dan terima, pengguna boleh menyingkirkan faks yang tidak perlu kerana pengguna boleh membaca dahulu faks yang diterima sebelum mencetaknya. Ini fungsi mesra alam, dimana ia mengurangkan penggunaan kertas. Kelajuan cetakan sehingga 26ppm dengan cetakan pertama kurang daripada 10 saat. ia juga dilengkapi menu salinan ID serta software Scansoft Paperport.

Kingston Wi-Drive


Wi-Drive merupakan peranti storan tanpa wayar dengan isyarat WiFi. ia direka khusus buat pengguna iPad Touch, iPhone dan iPad dimana dengan fungsi WiFi ini membolehkan pengguna mengakses kandungan digital penting tanpa bergantung kepada sistem talian atau servis awan. Ditawarkan dalam kapasiti 16GB dan 32GB. Wi-Drive boleh diakses oleh tiga orang secara serentak tanpa gangguan prestasi.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates