Sunday, December 4, 2011

Samsung Multiview MV800


Kamera ini menawarkan resolusi 16.1 megapiksel untuk menghasilkan kualiti gambar yang tajam dan berkualiti premium. Ia dilengkapi dengan lensa 5x zoom optikal dan boleh mengambil gambar secara close-up. Lensa sudut 26mm membolehkan ia mengambil gambar dengan sudut yang lebih luas dalam definisi tinggi. MV800 turut dilengkapi Smart Touch 3.0 dengan Wallpaper iaitu antara muka membolehkan pengguna menggunakan pilihan menu hanya dengan sentuhan.

Saturday, December 3, 2011

Canon EOS-1DX


Canon EOS-1D X DSLR direka untuk semua jurugambar yang mahukan kamera resolusi tinggi dan kamera berkelajuan tinggi. Dengan sensor CMOS 18.1 Megapixel bingkai penuh, sensor AF 61-point dan capaian kelajuan sehingga 14 bingkai sesaat (fps), ia menghasilkan kamera digital EOS paling terkini. Ia juga berkemampuan merakam muvi HD penuh dan ia amat memenuhi kehendak juruvideo yang mahukan rakaman momen daripada pelbagai sudut dan teknik yang mengujakan.

Lenovo IdeaPad Tablet K1


IdeaPad K1 merupakan tablet pertama Lenovo yang menggunakan sistem operasi Android Honeycomb. Tablet ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA 2.0 Tegra T20 berkelajuan 1GHz. Ia turut dilengkapi dengan kamera 5 megapixel (belakang) dan 2 megapixel (hadapan) serta boleh digunakan untuk panggilan video. Tablet ini ditawarkan dalam versi Wi-Fi dan 3G.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates