Thursday, February 2, 2012

Panasonic Lumix DMC-GX1


Dikatakan model terbaik Lumix Siri G dengan cara penggunaan mudah dan penghasilan imej berkualiti tinggi konsisten. Ia memiliki sensor DSLR 16 mega piksel, sensor baru Live Mos lanjutan dan enjin Venus mengejutkan dengan ISO semaksimum 12,800. Kamera ini juga bersifat kamera Micro Four Thirds dan mempunyai keserasian dengan kedua-dua kanta Panasonic dan Olympus termasuk standard 14-42 zoom dan kanta boleh laras G X Vario PZ 14-42 mm. Selain itu, dengan kelajuan autofokus pada 0.09 saat, anda boleh fokus subjek dengan hanya menyentuh skrin 3 incinya. Jika ingin merakam video pula, GX1 berupaya merakam video 1080/60i HD sama ada format MP4 atau pun kemampatan AVCHD. Harganya ialah RM2,999

Wednesday, February 1, 2012

TrustPort Total Protection 2012


Bertindak pantas dan jitu, TrustPort Total Protection 2012 berfungsi melindungi komputer anda daripada ancaman malware, ancaman dalam talian dan pencerobohan data sulit. Ia juga melindungi komputer daripada virus dan spyware di kesemua kawasan yang berisiko seperti mel elektronik dan laman web yang diperiksa terlebih dahulu untuk mengesan kandungan yang berbahaya atau tidak diingini. Terdapat pelindungan data sensitif secara enkripsi boleh dipercayai dan menghapuskan fail sulit yang tidak lagi digunakan secara kekal. Fungsi terbaru untuk versi ini adalah kaedah Kawalan Akses, yang memberi pelindungan data ke tahap baru dengan mengehadkan akses kepada peranti sistem yang terpilih. Selain individu, pelanggan korporat juga akan menghargai ciri-ciri bermanfaat ini. Harganya adalah RM109 (1 pengguna @ 15 bulan) dan RM159 (3 pengguna)

Kingston SSDNOW V200


Prestasinya yang lancar bertepatan dengan kos yang tidak terlalu tinggi membolehkan SSD ini menjadi pilihan di pasaran. Ia boleh didapati dalam kapasiti 64 GB, 128 GB dan 256 GB dan SATA Rev 3.0 (6 Gb/s) SSDNow V200 ini adalah hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding SSD V100 sebelumnya. Ia sesuai untuk pengguna yang merancang untuk menaik taraf kepada memori berasaskan Flash sebagai penyelesaian pemacu keras yang pertama. SSDNow V200 boleh didapati secara tunggal atau dalam kit menaik taraf untuk pemasangan mudah iaitu Kit Bundle SSD Desktop dan Bundle SSD komputer riba.

URL Pendek....Sasaran Malware!


Berteraskan kemajuan teknologi yang semakin merajai masyarakat umum seluruh dunia, pasti anda tidak terkecuali untuk mengikuti perkembangan yang dikhabarkan memudahkan urusan seperti servis pemendekan URL.

Meskipun tujuan asal servis ini dibuat adalah untuk pengguna berkongsi serta memendekkan alamat web yang panjang, namun akhir ini trend jenayah siber dikesan menerusi pendekatan memendekkan URL. Ini membuatkan semua pengguna khususnya pengguna lawan web sosial seperti Twitter, untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana penawaran servis pemendekan URL boleh menjerat orang ramai.

Crime As A Service (CAAS)
Menyusuri kaedah yang sering digunakan, apabila pengguna klik pada pautan yang telah dipendekkan, dia akan terus dibawa ke alamat asal laman web tersebut. Perkara ini berlaku kerana servis pemendekan URL adalah berfungsi mengurangkan jumlah karakter pada alamat laman web dan lazimnya digunakan di Twitter.

Medium penghantaran servis ini pula selalu digunakan menerusi e-mel kerana ada sesetengah e-mel akan memecahkan link yang panjang ketika sesi penghantaran dan penerimaan.

Sebenarnya pemendekkan URL ini mendatangkan manfaat buat pengguna. Selain ringkas dan mudah, dari segi lain teknik, ia juga mengelak atau berciri anti-spam. Namun penjenayah juga semakin licik. Menerusi URL yang telah dipendekkan ini, mereka telah menaik taraf servis pemendekan URL sendiri bertujuan memintas teknologi spam yang terkini. Perkara ini adalah satu contoh istilah Crime As A Service (CAAS) yang ditawarkan penjenayah siber.

Manfaat Menjadi Malapetaka
Manfaat servis pemendekan URL ini sebenarnya turut menjadi kelemahan terbesarnya. Hal ini kerana servis ini akan memberi peluang kepada penjenayah siber untuk menyamar dan memasukkan link merbahaya yang seterusnya akan menjangkiti sistem pengguna.

Perkara ini turut disokong oleh Fortinet Inc yang merupakan pembekal perkakasan sekuriti rangkaian dan peneraju pasaran Unified Threat Management (UTM). Mereka baharu-baharu ini mengeluarkan amaran menerusi laporan Lanskap Ancaman Oktober lalu mengenai bahayanya servis pemendekan URL yang mendedahkan orang ramai kepada serangan malware.

Bagi keselamatan pengguna, salah satu cara untuk mengenal pasti sama ada pautan URL yang telah dipendekkan akan beralih ke laman web berbahaya. adalah dengan melihat domain pada akhir pautan tersebut. Kebanyakan daripada servis pemendekan URL adalah menggunakan domain.

Selain itu, pengguna juga dapat mengenalpasti secara menampal pautan tersebut pada alat penapis URL untuk mengetahui sama ada ia mengandungi risiko serangan malware mahu pun tidak. Dengan penapisan web yang betul juga akan memberikan pengguna perlindungan secara menyeluruh dari servis pemendekan URL, dengan melakukan penyemakan domain secara penuh.

Pendek juga boleh jadi berbahaya!

Kredit :
Syafiq Bakri
Majalah PC Siri 182 - Feb 2012

Dell XPS 14Z


Bagi peminat setia Dell, ini adalah komputer riba yang boleh dimiliki kerana ia dikelaskan antara yang paling nipis dengan ketebalan hanya 0.9 inci dan berat sekitar 2 kg. XPS 14Z mempunyai skrin 14 inci dengan Standard HD (720p) WLED TrueLife serta kaca hujung ke hujung resolusi 1366 x 768. Walaupun nipis, komputer riba ini masih dilengkapi pelbagai kemudahan teknologi seperti HDMI, pemproses generasi kedua Intel Core i5 atau Core i7 Dual Core serta sesuai melaksanakan projek 3D menerusi memori grafik NVDIA GeForce GT 520M 1 GB. Dell menyediakan pemacu keras dengan kapasiti 500 GB sehingga 750 GB berkelajuan 7200 RPM ditambah dengan pilihan pemacu SSD 256 GB. Baterinya pula boleh bertahan sehingga enam jam 42 minit. Harga adalah RM2,999 untuk Core i5

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates