Saturday, November 2, 2013

Dell Latitude 7000


Siri ultrabook bagi kegunaan golongan korporat dan profesional ini memiliki reka bentuk nipis (20 mm) dan beratnya ialah 1.3 kg untuk model 12 inci. Turut disertakan ciri-ciri keselamatan yang meliputi penyulitan, pengesahan dan perlindungan malware. Selain itu, peranti ini turut dibina kukuh dengan gabungan aluminium, casis Tri-metal dan kaca Corning Gorilla NBT untuk ketahanan terhadap calar dan hentakan. Malah, ia satu-satunya ultrabook korporat yang serasi ke belakang dengan dok (E-) Lalitude. Terdapat dalam pilihan 12 inci dan 14 inci. Harganya ialah daripada RM3,800.

Friday, November 1, 2013

Lenovo IdeaTab A1000


Tablet kelas permulaan ini amat sesuai untuk pencinta muzik yang mementingkan kualiti bunyi. Dua pembesar suara berteknologi Dolby Digital Plus di hadapan bagi memastikan bunyinya menghala ke telinga pendengar. Selain skrin paparan 7 inci beresolusi 1024 x 600, peranti ini dilengkapi OS Android 4.1 (Jelly Bean), pemproses dua teras 1.2 GHz, dan RAM 1GB. Storan dalaman yang seluas 16 GB boleh ditingkatkan sehingga 32 GB menerusi slot microSD. Peranti ini turut menggunakan bateri yang berkapasiti 3,500 mAh, selain dijual dalam pilihan warna putih dan hitam. Harganya ialah RM499.

Alcatel OneTouch Idol X


Satu lagi telefon pintar kelas pertengahan yang hebat dengan skrin paparan Full HD IPS bersiaz 5 inci. Penglihatan di bawah cahaya matahari juga amat baik selain menawarkan sudut penglihatan 170 darjah. Android 4.1 (Jelly Bean) digerakkan oleh pemproses empat teras 1.5 GHz dan RAM 2GB. Memori dalaman sekadar 16GB tetapi cukup luas untuk menyimpan foto / video yang dirakam menggunakan kamera 13.1 MP pada peranti ini. Gajet senipis 6.9mm ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 2,000 mAh dan menawarkan dua pilihan warna iaitu warna merah dan slate. Harga ialah RM1,099.

Nokia Lumia 1020


Akhirnya telefon pintar dengan kamera 41MP berserta teknologi PureView ini sudah tiba. Kameranya mempunyai kaca optik Zeiss berserta flash xenon, disamping fungsi Optical Image Stabilisation. Peranti ini turut dilengkapi OS Windows Phone 8, selain pemproses dua teras Qualcomm Snapdragon S4 1.5GHz, RAM 2GB dan memori dalaman 32GB. Baterinya yang berkapasiti 2,000 mAh agak tidak sepadan dengan fungsi kamera yang canggih. Namun Nokia ada menawarkan aksesori berupa pemegang kamera yang turut berungsi sebagai kuasa tambahan. Harga ialah RM2,499.

Blackberry Z30


Telefon pintar tahap tinggi yang menjadi percaturan baru Blackberry ini menggunakan skrin paparan bersaiz 5 inci, jenis SuperAMOLED 1280p. Gandingan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon S4 1.7GHz dengan memori (RAM) 2GB, menjadikan peranti ini cukup berkuasa bagi menjalankan sistem operasi (OS) Blackberry 10.2. Model ini dilengkapi kamera utama 8MP dan kemera kedua 2MP. Baterinya yang berkapisiti 2880 mAh boleh menampung pelbagai kegunaan sehingga 12 jam. Gajet bijak ini juga menyokong sambungan 4G LTE dan NFC. Harga ialah RM1,998

Jabra Sport Wireless


Fon telinga wayarless ini dicipta untuk keperluan pengguna yang aktif, mementingkan prestasi, ingin terus berhubung dan menikmati muzik. Dilengkapi keupayaan pasca pemprosesan audio AM3D Power Bass untuk kualiti audio yang mantap. Turut disertakan radio FM dalaman yang mampu menyimpan senarai saluran stesen radio kegemaran. Reka bentuk peranti kalis air ini juga sesuai untuk semua saiz dan bentuk telinga dan terdapat tujuh pilihan alat pendengar untuk keselesaan optimum. Pengecasan penuh alat ini memberi masa penggunaan sehingga 4.5 jam. Harganya ialah RM499.

HP Pavilion Touch Smart 11


Peranti berasaskan OS Windows 8 kini semakin mampu dimiliki. Contohnya, notebook keluaran HP ini menjanjikan pengalaman Windows 8 yang terbaik dengan skrin sentuh bersaiz 11.6 inci. Paparan anti silau peranti ini beresolusi 1366 x 768. Model yang dikuasakan pemproses dua teras AMD dan RAM 4 GB, ini sesuai bagi kegunaan biasa harian seperti meluncuri laman web, laman sosial dan menonton video. Ia turut dilengkapi HDD 500 GB, kamera web dan bateri tiga sel. Hadir dalam dua pilihan pemproses iaitu A4 dan A6, masing-masing berharga RM1,299 dan RM1,499.

Tablet LG G-Pad 8.3


Ahli baru dalam keluarga peranti siri G ini tampil dengan skrin paparan bersaizm8.3 inci yang beresolusi 1920 x 1200. Tablet ini adalah peranti 8 inci pertama yang mempunyai paparan Full HD. OS Android 4.2 (Jelly Bean) beroperasi menggunakan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 600 1.6 GHz dan RAM 2 GB. Luas storan dalamannya cuma 16 GB. Peranti berkuasa ini turut dilengkapi bateri yang berkapasiti 4,600 mAh, kamera utama 5 MP dan kamera kedua 1.3 MP. Hanya seberat 338 g dengan ketebalan 8.3 mm, tablet ini boleh didapati dalam warna hitam dan putih.

HTC Desire 500


Telefon pintar kategori pertengahan ini tetap berkuasa dengan pemproses empat teras Snapdragon 200 1.2 GHz dan RAM 1 GB. Peranti ini juga dilengkapi skrin paparan bersaiz 4.3 inci WVGA, kamera utama 8 MP dan kamera kedua 1.6 MP. Storan dalaman seluas 4 GB pula masih boleh ditingkatkan sehingga 64 GB melalui slot microSD. HTC turut membawa kembali fungsi BlinkFeed dalam rangkaian model Desire di samping sistem bunyi berkualiti Beats Audio. Peranti ini hadir dengan bateri 1,800 mAh dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah. Harganya ialah RM899.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates