Wednesday, April 23, 2014

Microsoft Lancar Office 365 Personal


Oleh Afiq Hanif

Microsoft Malaysia mengumumkan satu lagi produk baru untuk pengguna biasa iaitu Office 365 Personal yang direka khas bagi individu yang memerlukan hanya satu lesen Office 365 untuk komputer peribadi (PC) serta satu lagi lesen untuk tablet.

Dengan hanya membayar RM189.99 untuk langganan setahun, Office 365 Personal membolehkan anda menggunakan antaramuka dan perkakasan Office 365 Personal yang sama untuk kegunaan online.

Ini membantu memudahkan tugasan untuk individu yang tidak memerlukan lesen yang banyak.

Sehubungan itu, Microsoft akan terus menawarkan langganan Office 365 Home Premium untuk kegunaan seisi rumah yang dijenamakan semula dengan nama Office 365 Home.

Ditawarkan pada harga langganan setahun RM249.99, pengguna boleh menggunakan lima PC atau Mac beserta lima lagi lesen untuk kegunaan tablet.

Office 365 Personal dan Home akan terus menawarkan set lengkap aplikasi pejabat untuk kegunaan pelbagai peranti iaitu Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access.

Semua aplikasi ini boleh digunakan menerusi pelbagai platform online dimana jua anda berada.

Dengan langganan Office 365 Home dan personal ini, pengguna akan memperolehi kapasiti tambahan 20 GB storan cloud OneDrive, 60 minit panggilan percuma setiap bulan melalui Skype ke talian tetap di lebih 60 negara serta kemas kini versi Office terbaru percuma untuk apa jua versi yang akan dikeluarkan pada masa hadapan.

Sumber : Harian Metro (23/04/2014)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates